Kuat..
Bismillaahirrahmaanirrahiiim..
Blog Friendster yang pertama kudedikasikan kepada diriku, bangsaku, agamaku, dan seluruh ummah manusia di akhir zaman.. Penghargaan kepada saudara Alfian untuk tazkirah ini.. Wallahualam..
1.
Solat itu tiang agama. Siapa yang tidak menjaga solatnya, maka dia meruntuhkan agamanya sendiri.
2.
Semua orang sedih, pengganas Israel membedil
Lubnan. Palestin terus dipijak-pijak. Umat Islam hanya mampu melihat.
Kutuk. Demo. Persidangan. Meeting.
3.
Semua umat Islam marah, apabila orang bukan
Islam cuba mengubah ajaran Islam, dengan memberitahu sesungguhnya
murtad itu bukanlah satu kesalahan dalam Islam.
Mereka ‘mengajar’ kita, "Tidak ada bezanya antara ucapan murtad mesti dibolehkan dengan
ucapan solat Zuhur itu tidak wajib." Kedua-duanya menyalahi prinsip asas
dalam Islam.
Adakah ini bukan satu campur tangan dalam urusan Islam? Umat Islam
tidak pernah melampaui batas agama lain sebegitu rupa. Apa yang
ditetapkan oleh agama lain, maka umat Islam perlu menghormatinya. Tetapi, tidak sehingga membiarkan campurtangan dalam urusan Islam sewenang-wenangnya. Kita boleh sahaja mempertikaikan asas kepada ‘agama’ Kristian yang
jelas sekali menyimpang daripada ajaran asal Nabi dan Rasul Allah, Isa
Alaihis Salam. Juga tidak perlu kita bentangkan bagaimana bangsa Yahudi
yang terang-terang menolak ajaran ketiga-tiga Rasul-rasul Allah, malah
bangsa Yahudilah yang cuba membunuh Nabi Isa A.S.
Itu
akhlak kita sebagai umat Islam. Kita tidak diajar untuk menjadi kurang
ajar, mencaci agama lain dan cuba mengubah ajaran agama orang lain
seperti yang dilakukan dalam seminar-seminar tertentu yang
terbahak-bahak mentertawakan dan menghina ajaran Islam.
Itulah akhlak yang mesti kita pelihara walau seteruk mana pun Islam itu dihina.
Ini adalah ujian Allah untuk menguji keimanan kita semua umat Islam di Malaysia.
4.
Tapi tuan-tuan, umat Islam hanya dipijak-pijak sekiranya kita lemah. Sekiranya kita kuat, kita tidak akan dipijak sebegini rupa.
Islam itu asas utamanya solat. Alangkah kuatnya umat Islam ini kalau
kita semua mampu memenuhkan ruang masjid setiap kali waktu bersolat,
khususnya di waktu Subuh, umpama solat Jumaat. Melimpahnya jemaah
umpama solat dua hari raya.
Sekiranya kita mampu melawan nafsu tidur di pagi subuh yang dingin,
semata-mata untuk menemui Allah swt, sebenarnya kita mempunyai kekuatan
yang sangat hebat yang digeruni oleh orang lain.
Bukan mudah tuan-tuan untuk melawan hawa nafsu tidur yang lena lagi
mengasyikkan di dinihari subuh yang dingin. Ia memerlukan kekuatan.
Bukan kekuatan yang sedikit, tetapi kekuatan yang mampu menggoncang
dunia.
Pernahkah kalian terfikir kenapa Allah mewajibkan solat di pagi hari
yang mendinginkan hanya untuk 2 rakaat dan ganjarannya amatlah besar?
Apatah lagi kekuatan itu ditambah pula dengan kekuatan solat Tahajud. Solat malam. Walaupun cuma 2 rakat.
5.
[1] Wahai orang yang berselimut!.
[2] Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
[3] Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
[4] Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri
masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana)
sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang
mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang
tidak bersedia menyempurnakannya).
[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.
[7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam),
kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang
panjang kira bicaranya;
[8] Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus
menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya
dengan sebulat-bulat tumpuan
[8] Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus
menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya
dengan sebulat-bulat tumpuan.
[9] Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan
melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.
[10] Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang
menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.
[11] Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan
(bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan dan berilah
tempoh kepada mereka sedikit masa;
[12] Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan Neraka yang menjulang-julang,
[13] Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[14] (Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang
bergoncang (serta hancur lebur) dan menjadilah gunung-ganang itu
timbunan pasir yang mudah bersepah.
[14] (Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang
bergoncang (serta hancur lebur) dan menjadilah gunung-ganang itu
timbunan pasir yang mudah bersepah.
[15] Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat
Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang
orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah
mengutus kepada Firaun seorang Rasul.
[16] Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya.
[17] (Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana
kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu kalau kamu kufur ingkar
(dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua
beruban?
[18] Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab
kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap
dilakukanNya.
[19] Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran)
ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya
dapatlah dia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman
dan taat).
[20] Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya
engkau bangun (sembahyang Tahajud) selama kurang dari dua pertiga malam
dan selama satu perduanya dan selama satu pertiganya dan (demikian juga
dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana
hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang
menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Dia mengetahui
bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar
masa itu, lalu Dia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan
memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah
kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Dia juga
mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan
yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki
dari limpah kurnia Allah dan yang lainnya lagi orang-orang yang
berjuang pada jalan Allah (membela agamaNya). Maka bacalah mana-mana
yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran dan dirikanlah
sembahyang serta berikanlah zakat dan berilah pinjaman kepada Allah
sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) dan (ingatlah), apa jua kebaikan
yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan
mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang
sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya dan mintalah ampun kepada
Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
al-Muzammil: 1-20
6.
Sesungguhnya tidak ada ayat yang lebih mengasyikkan melainkan kalam Allah swt.
7.
Sesungguhnya ini adalah peringatan untuk diriku yang lalai.